Friday 27 November 2015

Sabah (1)

Sabah (1)
Mac 2015

Rungus Long House

                                       

Cuti sekolah bulan Mac membawa kami ke bumi Sabah, negeri di bawah bayu. Kali ini kami hanya bertiga, aku, suami dan anak bongsuku. Yang lain di kampus. Penerbangan ke sana selama dua jam. Bosan juga. Konon tak mau ambil apa-apa pakej makanan, tetapi akibat perjalanan yang dirasakan agak lama, aku beli jugak maggie kari. Kami sampai sudah jam 8.30 malam, dijemput oleh seorang kawan suami yang menetap di sana.

Kami terus dibawa ke Pasar KK untuk makan seafood. Apa lagi, macam lepas dendam. Order udang besar, lobster, ikan, sotong.. Harganya murah kalau dibandingkan dengan KL. Makan macam tak ingat donia... hehehe..Alhamdulillah..Pastu kena cek uric asid..hoho..
















Cek-in Hotel Promanade di tengah-tengah bandar KK. Tempah Junior Suite  tetapi dapat Executive Suite disebabkan kesilapan pihak hotel. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak.. Boleh tahan juga biliknya, selesa, cukup semua kelengkapan. Dapatlah relakskan badan yang letih..




Pagi selepas sarapan di hotel, kami menyewa kereta viva dengan harga RM 130 sehari untuk ke Kudat. Apa ada di sana? Hmm..malam tadi ada baca sikit tentang Tanduk Sabah atau Tip Of Borneo. Katanya tempat pertemuan Lautan Sulu dan Laut Cina Selatan. Rata-rata blogger sangat memuji-muja tempat ini kerana keindahan pantai dan lautnya. Namun agak jauh dari KK.. Tak apalah..demi melihat keindahan alam, aku tegarkan semangat. Lagipun, bukan aku yang drive..he.he..

Hendak ke sana tak susah sangat. Ada peta online atau waze, bisa semuanya...Singgah di Petronas KK isi minyak penuh sebab tak tau di kawasan pedalaman sana, ada stesen minyak atau tidak. Beli jajan dan air mineral sebab cuaca sangat panas. Jalan raya ke sana juga agak mudah dan tak banyak simpang, bak kata orang senang saja bah.. lurus saja..

2 jam perjalanan agak membosankan. Masa banyak dihabiskan dengan membaca papan tanda nama-nama daerah dan kampung yang dilepasi. Kekadang macam gaya bunyi Filipina pun ada..  Kami singgah di perhentian macam RnR. Tapi sunyi saja...tak happening langsung.. Aku beli sikit kekacang ..katanya tanam sendiri.. Sajalaa..nak menolong ekonomi penduduk tempatan..





Kami meneruskan perjalanan. Tetiba nampak papan tanda Rumah Panjang Kaum Rungus. Kami pun singgah. Boleh lah menambah pengetahuan tentang penduduk pribumi Sabah ni. Entrance fee sangat murah, RM 3.00 saja. Why not?.. Di Sabah ni memang banyak kaum pribumi. Yang biasa kita dengar Kadazan, Dusun, Melanau.. Yang Rungus ni .. macam tak pernah tahu.. Itu yang teringin jugak nak tambah pengetahuan masyarakat 1 Malaysia nih..













Dalam kawasan rumah panjang ni, ada beberapa bahagian. Setiap bilik dipunyai oleh sebuah keluarga. Setiap bilik ada dapurnya dan ruang tidur. Ada juga tempat jual-jualan hasil kraftangan penduduk. Manik-manik yang dijadikan rantai, gelang dan perhiasan dijual kepada para pengunjung. Mokcik comey tu..beriya-iya suruh aku pakai gelang manik yang dibuatnya.. Kesian la pulok.. Bahasa pun tak faham.. Aku pun angguk-angguk geleng-geleng je la..






Rupanya kaum Rungus ni terkenal dengan pembuatan gong. Patutlah banyak gong tergantung di sudut-sudut rumah. Katanya..ramai juga pelancong yang datang semata-mata nak beli gong yang dibuat di sini.. bagus kualitinya..








Yang paling menarik ialah lantai buluhnya.. Memang ngeri la sangat nak menapak terutamanya yang berat macam den ni.. hihihi.. Perasan macam bila-bila boleh rabak lalu tergolek ke tanah.. aduii.. Sekali pijak lantainya..bunyi berkeriut mengundang pandangan orang lain. Nasib tak ramai yang datang sekali. Kalau tak..mau roboh dibuatnya rumah kaum Rungus nih.. hadoii..











Rumah panjang ni seratus peratus diperbuat daripada kayu, buluh dan rotan. Ada sebahagiannya yang terpaksa ditutup sebab rosak dimakan usia. Kaum ini pun sudah menjadi minoriti dalam kalangan pribumi Sabah. Ramai yang berhijrah ke kota dan hanyut dibuai arus kemodenan. Yang tinggal hanyalah warga tua yang masih mengekalkan indentiti warisan...

Ok sampai di sini dulu. Destinasi yang dituju masih belum tiba.. Tanduk Sabah! Mu tunggu aku datang...

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...